-"PUT SOMETHING FUN BETWEEN YOUR LEGS"-
"ANYBODY WHO RIDES A BIKE,IS A FRIEND OF MINE"-GARY FISHER (friend of mine too...: )

Saturday, November 12, 2011

LeTua Triple Cross 13 NOV

LE TUA XXX CHALLENGE
esok 13 nov ada Le Tua Triple Cross yang akan bermula di Kiosk,Bertam,Kepala Batas.Mengikut perkabarannya ia bertujuan untuk memperkenalkan sukan CYCLECROSS(sejarah) dikalangan peminat-peminat sukan berbasikal khususnya...buat permulaan acara ini dibuka kepada semua jenis basikal....ianya atas usahasama MKH(Maju Ke Hadapan) dan Team LeTua.Rider-rider dari team LeTua akan menggunakan basikal RB dan ada juga team dari sarawak yang akan turut serta dalam kayuhan ini nanti...
kebanyakkan laluan akan melalui jalan bendang sekitar kepala batas sejauh (campur/tolak) 70KM.

aku....masukkk.Tak larat kita CL la jawabnya....tempat sendiri,tau la jalannya nanti...
kepada sapa-sapa yang ada masa esok ni mai la jengok-jengok kami di Bertam,Kepala Batas ni...
see u dare...

Sunday, October 30, 2011

Kuale,jamboree kelam-kabut...adoi

bukan nak eksen la,selalunya aku punya standard boleh dapat ranking 500 ke 700...kali ni no 1623(ikut suka depa nak bagi).Punyalah kelam-kabut masa starting dengan climbingnya punyalah belambak.Malas nk upload gambar,carilah kat blog/fb orang lain...sengal

Wednesday, October 26, 2011

pantai merdeka funride

ahad 23okt,ada lebih dari 20 riders dapat dikumpulkan kali ini,sekali dengan kawan-kawan dari IPDspu.Ada jugak 2-3 rider yang first time berkayuh ke Pantai Merdeka,pucat jugaklah muka dibuatnya...mana yang takda gerek pakat pinjam kat memba yang tak pi....perjalanan pergi balik berjalan lancar,cuma sampai rumah agak lambat ,ada yang koi 1.30pm pun tak sampai lagi..tak pa lain kali kita cuba lagi....








more photo ada kat FLICKR(ruang sebelah kanan)

Monday, October 17, 2011

bertugas di BM jamboree(check point 5)

16okt(ahad)aku bertugas lagi pada jamboree BM,sebelum ni di Kayuhan Bendang(CP2).Kali ni tugas aku mengangkut riders di CP5 bila 'timeout' diumumkan...tak ramai yang nak naik lori,malu gamaknya...cuma dua trip aje aku angkut...yang lain nak kayuh sendiri balik ke tempat permulaan.Masa di tempat permulaan dia punya ceremony punya la banyak/panjang pun ada rasanya...macam-macam depa nak buat dalam masa yang singkat...

tarian naga ada...
muzik tradisional kaum india ada....kompang ada(tkda gambar)
amoi cun ada(dalam tiap-tiap keta felali)
keta felali ada...porsche pun ada,tapi tk ambik bahagian(dok parking kat tepi)
                                                              marshall bermotorsikal
yang ujung sekali SU Perbandaran(MPSP),sebelah dia datuk mansur(TKM)...yang lain aku tak kenai...


 masa dok kat CP5 kak ros rider wanita ke2 sampai di CP5,yang tengah tu tak perasaan la pulok(rasanya top 10 la jugak)
                                      orang lain takda apa-apa marshall pulak yang jatuh motor
               first rider yang sampai kat CP5,tidak la ku kenai sapa gerangan,katanya budak tokkun jugak
 rider ke2
(ada nampak itu hijau punya lori,belakang ada dudok....dgn menatang tu la aku dgn memba aku hangkut rider...)


yang ni pulak tak tau la rider yang ke berapa juta....(jgn mara haaa).wau.. helmet dapat masa lucky draw kt Ipoh Jamboree.

Monday, September 26, 2011

pantai merdeka dan jamuan hari raya....

hari ahad 25/9 setelah lama tak berkayuh kami cadang ke pantai merdeka saja sebagai permulaan...4 orang saja dari TOP(taman orkid permai) Ad,Pali,Zaini dan Pyan

 masa ni kat atas jambatan permatang bendahari dekat dengan pekan kota kuala muda
 makan angin sat dalam setengah jam terus ke kota untuk breakfast dan seterusnya terus chaw ke TOP semula....


malamnya pulak diadakan jamuan hari raya di TOP...menu utama sup kambing dan satay...
aku,pali,zaini insyaallah akan menyertai KUALE 30 okt ni jumpa di sanaaa.....

Saturday, September 17, 2011

kurussus....

Pada 12-14 sept aku pi kursus asas bomba(ERT),di Balai Bomba dan Penyelamat Perda,BM.
Satu hari dok dalam kelas,hari ke2-3 praktikal...dok dalam kelas ada aircond dari pagi sampai koi 6ptg,paham-paham je lah,dok pulak dekat dgn jurulatih,mata rasa macam nak terkeluaq pun ada...fuuhhh ngantokkk
 dry powder tong biru,akan diselaraskan ke warna merah pulak lepas ni...

 aku sedang memberi isyarat tutup dan kemas kat member yang tengah dok jaga kepala hydrant

 Fireman lift
 ini untuk demonstration....Darling carry
kursus ni memang memenatkan,tapi banyak info/pengalaman yg diperolehi sepanjang 3 hari kursus,makan pun kenyang...TQ pada staf2 di balai bomba Perda

Saturday, September 3, 2011

Raya sakan.....

bukan pasai apa,cuti punyalah panjang dekat 9 hari kalau campur sabtu ahad...balik Parit hari isnin,selasa dah raya.Dah masuk tahun ke2 mak tak berapa sihat,makanya raya tak lah berapa ceria sikit...raya ni seronok bagi orang-orang yang berpuasa dengan sempurna,bagi kawan2 kat tempat kerja tu bila la nak insaf,bukannya muda lagi,dah beranak pinak dah pun...anak aku darjah satu pun puasa penoh....

                                     raya pertama kat rumah aku...                       

 yang ni pulak kat rumah mak mertua,raya ke2
 raya ke3,kenduri kat sg.siput(U)...kg tersusun

 hobi baru anak sedara di Batu Gajah Perdana
 bapak aku melayan cucu...pengsan orang tua ni
hari ni sabtu raya ke5 anak sedara di chepor tambahan,ipoh,bertunang dengan orang parit buntau.

Kepada semua rakan-rakan kayuhan seluruh malaysia, selamat hari raya,maaf zahir dan batin aku ucapkan,kalau ada terkasar bahasa,tersinggung parasaan,halalkan makan minum,kira 0-0 lah ye...aku pulak dah niat dalam hati,sapa-sapa pun yang ada buat salah dgn aku,aku maafkan semuanya...tak ada masalah punye,kecuali ada sorang mamat ni,gaji aku 6 bulan tak bayo.H$##M J&^%H!!!!
petang tadi dapat sms KPLR kena bayo sebelum 5hb...kalau diizinkan allah ini kali ke3 join KPLR,jumpa disana yop...