-"PUT SOMETHING FUN BETWEEN YOUR LEGS"-
"ANYBODY WHO RIDES A BIKE,IS A FRIEND OF MINE"-GARY FISHER (friend of mine too...: )

Monday, December 28, 2009

KAWAQ 09

Pada hari yang sama KAWAQ 09 di taiping aku ada kt sana gak...masa semua pengayuh tegar sedang memaki hamun organizer aku ke zoo taiping bersama famili,on the way balik k.batas sebenarnya dari kpg.singgah tepen kot2 jumpa kawan2.nampak jugak keta rockcrossort kt tepi jalan,dalam hati berkata"agaknya depa tgh syok layan DH".belah malam bila tgk blog kawan2 dah mula dok maki KAWAQ 09...ish..ish...ishh

punya la teruk depa kata jamboree taiping kali ni,so aku agak AJK penganjur dia adalah seperti dibawah
JANGAN MARAH HAA... (utk lebih byk gambar >link<)

Sunday, December 27, 2009

tutup akaun

oleh kerana duit masih belambak dalam akaun makanya kenalah dihabiskan duit tu untuk tahun
2009 ni.pada malam 24/12 lalu geng TSS buat BBQ,ayam 13 ekoq habis licin...





Tuesday, December 22, 2009

kayuhan 1 malaysia 20/12/09 ahad

kayuhan ni korang sambutan pasai tkda promosi,cuma ada team dari balai polis kepala batas(ipdspu) yg meramaikan kayuhan ni...geng team sri serdang pun ada le berapa kerat je...aku pulak tk kayuh,rockcrosstort kata 'hg karut,ajak org tapi tk kayuh",jarak kayuhan 30km sekitar KB

yg ni konstabel sokongan...

dr.kiri nazri,jan,abg miewakil tunggal crossort ckg lan dan isteri ckg hawa

yg ni abg wan tuanrumah, kerja di pejabat belia,mengikut cerita kawan2, dia bekas gitaris kumpulan rock qiara

lepas ambik gambar kayuhan terus masuk highway ke ipoh,untuk....kejohanan rugby 7 sebelah kebangsaan berlansung di ipoh,bawah 19 dimenangi pasukan n.sembilan mengalahkan sarawak,senior pulak kelantan jumpa kedah, tgk tk habis pasai nk terus balik penang,cuaca pun tk berapa cantek...

Sunday, December 20, 2009

kayuh rosot-19/12/09 sabtu

kayuhan bersama geng crossort agak ramai jugak yg muncul...17/18 org la jgk,pakndak dgn pyan kayuh dari TSS.route yg dilalui jgk tk pernah aku lalu,tau2 sampai kt jambatan lahar tiang.Gambo2 yg ada ni pun aku kebas dari blog pon hawkmtb







Tuesday, December 15, 2009

NATIONAL 7's

link>"KEJOHANAN RAGBI 7 SEPASUKAN KEBANGSAAN
Tarikh: 19 dan 20 Disember 2009
Venue: Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh
Jadual: PIALA MILO (Remaja) PIALA UNG KHEK CHOW"

Sunday, December 13, 2009

transfer road

dok dengaq cerita pasai roti canai transfer road ni lama dah,so pagi ni buat satu breakfast ride ke tanjung sambil nak pekena roti canai transfer road.plan nk p bedua je dgn hj man,contact pakndak dia pun 'on' jugak...kawan2 lain sibok sikit gamaknya

tunggu nk masuk feri...


ni lah dia roti canai transfer road...ada 2-3 kedai roti rupanya kt kawasan ni...roti dia rasanya tk lah sedap mana pun...sedap lagi roti kt dgn rumah aku...tapi org yg mai makan kt sini memang ramai,sedaplah kot roti canai ni...tkpa lah janji aku dah rasa roti canai transfer road yg aku dok dengaq selama ni...
lepas pekena roti tk cakap byk terus celah,koi 9.30am dah dok atas feri.
penang port sdn.bhd....dari atas jambatan
hj man tgh bekerja keras menaiki jambatan...anak jati tlk bahang.

Tuesday, December 8, 2009

gila-gila

pyanhabib pernah berkata org malaysia la ni malas membaca tapi rajin tulis blog!alamak terasa plak aku...balik kampung baru-baru ni belilah majalah gila-gila terpakai 3=rm5 janji membaca...

yg ni keluaran mei 08
feb 09


tapi buku-buku yg dibawah ni antara yg aku ada,cukup syok kalau dibaca...kisah benar belaka.masa dok kt homestay dikangar (KPLR)aku jumpa buku Bkit Kepong, dan baca sikit je,tgh cuba mencari buku yg serupa la ni...

the untold truth and inside story of al arqam & ISA(detention without trial) di ceritakan sendiri oleh zabidi mohamed(bekas penasihat undang2 al arqam)



cerita tentang kaum2 yg dipupuskan oleh allah yg ada disebut dalam al quran

Saturday, December 5, 2009

dapat tengok syok ni...tension...tension

"KEJOHANAN RAGBI PIALA AGONG 2009
Friday, 04 December 2009 22:48
Perlawanan Akhir Piala Agong 2009

Tarikh: 5 Disember 2009
Venue: TUDM Subang
Kategori Plate - 2:30PM
Johor vs Negeri Sembilan
Kategori Cup - 4:00PM

ATM vs Sabah
Semua peminat ragbi tanah air dijemput hadir."

Tuesday, December 1, 2009