-"PUT SOMETHING FUN BETWEEN YOUR LEGS"-
"ANYBODY WHO RIDES A BIKE,IS A FRIEND OF MINE"-GARY FISHER (friend of mine too...: )

Monday, June 4, 2012

makan angin di Bukit Gantang

tanpa training,tanpa ada sebarang aktiviti kayuhan sejak sekian lama,aku dan sorang lagi sahabat(pali)memberanikan diri jugak menyertai bkt.gantang jamboree...aku macam biasa,dah tau tahap kecergasan sendiri maka tak mau memaksa diri sgt.nanti sendiri yg susah...Pali macam besa,org muda habis semua CP walaupun malam sebelum sampai pagi hari kejadian dok berulang ke jamban(cirit-birit).


kami bertolak dari K.Batas koi 4 pagi,singgah solat subuh di petronas bukit merah.Sampai di bkt gantang agak awal jgk,makanya tak la kelam kabut sgt memunggah peralatan perang...



penyertaan tak la berapa meriah sangat rasanya,mungkin 500 ke 600 org gamaknya...trek pulak dengar dari kawan2 ok jugak...ramai yg sampai awal...kejadian sesat larat sikit2 ada jugak,biasa laa,kedepan nanti boleh diperbaiki lagi...