-"PUT SOMETHING FUN BETWEEN YOUR LEGS"-
"ANYBODY WHO RIDES A BIKE,IS A FRIEND OF MINE"-GARY FISHER (friend of mine too...: )

Wednesday, November 18, 2009

rugby:borneo eagle juara

"Borneo Eagles gah raih juara
Monday, 16 November 2009 20:31
Diambil daripada: www.bharian.com.my
Oleh Mohd Ali Majid

Tumpaskan Cobra 32-10 dalam final Ragbi 10 Sepasukan HSBC-Cobra


BORNEO Eagles dari Sandakan Sabah muncul juara buat julung kali dalam Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan HSBC-Cobra 2009 selepas menumpaskan Cobra, 32-10 dalam final di padang Jalan Utara, semalam.



Dibarisi oleh pemain dari New Zealand, Fiji dan Samoa, Eagles yang menguasai permainan mendahului Cobra yang mahu mempertahankan kejuaraan, 17-5 hasil tiga try dan satu conversion berbanding lawan satu try.

Cobra yang menurunkan sebilangan pemain tempatan di samping pemain Fiji cuba bangkit pada babak kedua untuk mengatasi lawan dan seterusnya mencari kejuaraan di pentas antarabangsa buat kali ketiga.

Namun, Eagles yang tampil menyertai kejohanan ini buat kali pertama dengan muncul juara plate pada 2006 tetapi tersingkir di separuh akhir tahun berikutnya tidak memberi ruang kepada Cobra untuk merapatkan jurang.

Mereka terus bangkit untuk menambah 12 mata lagi menerusi dua try dan satu conversion untuk menerima piala kejohanan dan meraih hadiah AS$3,000 (RM10,500).

Cobra terpaksa berpuas hati dengan menambah satu try untuk meraih hadiah AS$2,000 (RM 7,000) sebagai naib juara.

“Sejak awal lagi kami merancang begitu rapi untuk muncul juara buat kali pertama dalam kejohanan ini,” kata pengurus pasukan, K H Tan.

Jurulatih Cobra, Boon Hoon Chee, berkata setiap pemain telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi lawan terlalu handal dengan kehadiran pemain luar negara.

Sebelum ke akhir Eagles mengetepikan cabaran Penguins International dari Unite"