-"PUT SOMETHING FUN BETWEEN YOUR LEGS"-
"ANYBODY WHO RIDES A BIKE,IS A FRIEND OF MINE"-GARY FISHER (friend of mine too...: )

Monday, September 26, 2011

pantai merdeka dan jamuan hari raya....

hari ahad 25/9 setelah lama tak berkayuh kami cadang ke pantai merdeka saja sebagai permulaan...4 orang saja dari TOP(taman orkid permai) Ad,Pali,Zaini dan Pyan

 masa ni kat atas jambatan permatang bendahari dekat dengan pekan kota kuala muda
 makan angin sat dalam setengah jam terus ke kota untuk breakfast dan seterusnya terus chaw ke TOP semula....


malamnya pulak diadakan jamuan hari raya di TOP...menu utama sup kambing dan satay...
aku,pali,zaini insyaallah akan menyertai KUALE 30 okt ni jumpa di sanaaa.....

Saturday, September 17, 2011

kurussus....

Pada 12-14 sept aku pi kursus asas bomba(ERT),di Balai Bomba dan Penyelamat Perda,BM.
Satu hari dok dalam kelas,hari ke2-3 praktikal...dok dalam kelas ada aircond dari pagi sampai koi 6ptg,paham-paham je lah,dok pulak dekat dgn jurulatih,mata rasa macam nak terkeluaq pun ada...fuuhhh ngantokkk
 dry powder tong biru,akan diselaraskan ke warna merah pulak lepas ni...

 aku sedang memberi isyarat tutup dan kemas kat member yang tengah dok jaga kepala hydrant

 Fireman lift
 ini untuk demonstration....Darling carry
kursus ni memang memenatkan,tapi banyak info/pengalaman yg diperolehi sepanjang 3 hari kursus,makan pun kenyang...TQ pada staf2 di balai bomba Perda

Saturday, September 3, 2011

Raya sakan.....

bukan pasai apa,cuti punyalah panjang dekat 9 hari kalau campur sabtu ahad...balik Parit hari isnin,selasa dah raya.Dah masuk tahun ke2 mak tak berapa sihat,makanya raya tak lah berapa ceria sikit...raya ni seronok bagi orang-orang yang berpuasa dengan sempurna,bagi kawan2 kat tempat kerja tu bila la nak insaf,bukannya muda lagi,dah beranak pinak dah pun...anak aku darjah satu pun puasa penoh....

                                     raya pertama kat rumah aku...                       

 yang ni pulak kat rumah mak mertua,raya ke2
 raya ke3,kenduri kat sg.siput(U)...kg tersusun

 hobi baru anak sedara di Batu Gajah Perdana
 bapak aku melayan cucu...pengsan orang tua ni
hari ni sabtu raya ke5 anak sedara di chepor tambahan,ipoh,bertunang dengan orang parit buntau.

Kepada semua rakan-rakan kayuhan seluruh malaysia, selamat hari raya,maaf zahir dan batin aku ucapkan,kalau ada terkasar bahasa,tersinggung parasaan,halalkan makan minum,kira 0-0 lah ye...aku pulak dah niat dalam hati,sapa-sapa pun yang ada buat salah dgn aku,aku maafkan semuanya...tak ada masalah punye,kecuali ada sorang mamat ni,gaji aku 6 bulan tak bayo.H$##M J&^%H!!!!
petang tadi dapat sms KPLR kena bayo sebelum 5hb...kalau diizinkan allah ini kali ke3 join KPLR,jumpa disana yop...