-"PUT SOMETHING FUN BETWEEN YOUR LEGS"-
"ANYBODY WHO RIDES A BIKE,IS A FRIEND OF MINE"-GARY FISHER (friend of mine too...: )

Friday, December 10, 2010

NATIONAL 7's

KELANTAN UNGGUL: PERTAHAN TAKHTA NATIONAL SEVENS 2010
Wednesday, 08 December 2010 09:06


Diambil daripada: www.sukandaily.com.my

Kelantan juara National Sevens 2010


SEREMBAN - KELANTAN sekali lagi dinobatkan sebagai Juara 7 Sepasukan Kebangsaan setelah mengungguli semua perlawanan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan Piala Ung Khek Cheow di Padang Majlis Perbandaran Seremban lewat petang semalam. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari mulai 4 Disember 2010 turut mempertandingkan Piala Remaja B19 KRM-Milo yang disertai oleh hampir semua negeri dan wilayah persekutuan.



Kelantan menepati ramalan setelah membariskan 6 pemain sukan Asia Guangzhou di dalam skuad tersebut. Dalam pertemuan akhir Piala Ung Khek Cheow, Kedah yang turun dengan harapan untuk menebus kekalahan tahun 2009 ternyata hampa setelah ditewaskan oleh Kelantan dengan lima try berbalas satu.

Kedah melakukan sepak mula mengatur serangan pantas ke atas pasukan Kelantan namun ianya gagal menyaingi kehebatan gandingan 'enam serangkai' yang baru pulang dari China akhir bulan lalu. Pemain prop kebangsaan, Mohd Shahir Ashraf Rosli berjaya melepas melakukan try pertama Kelantan seawal minit ke-2' dan dua minit kemudian pemain scrumhalf Kelantan, Mohd Saizul Hafiz Md Noor terus membenam Kedah dengan try kedua.

Kelekaan Kelantan pada minit ke-6' telah membuka peluang untuk Kedah menjaringkan try pertama mereka. Pemain sayap Kedah Nas Affie Mohd Salleh berjaya melepasi kawalan pemain back Kelantan, Mohd Saizul Hafifi Md Noor dan melakukan try di hujung penjuru kanan padang. Separuh masa pertama Kelantan mendahului Kedah 14-5.

Kelantan terus mengasak di separuh masa kedua dan berjaya melakukan 3 lagi jatuhan try pada minit ke-14', minit ke-18' dan minit ke-19'masing-masing oleh Mohd Nazreen Fitri, Mohd Khairul Azhar Md Noor dan Mohd Shahir Ashraf Rosli.

Empat tendangan konversi berjaya di sempurnakan oleh Kelantan iaitu 3 melalui Mohd Nazreen Fitri dan 1 oleh Mohd Anuar Che Wahab. Kelantan dinobat juara kejohanan ragbi 7 sepasukan kebangsaan setelah menewaskan Kedah (33-5).

Bagi kejohanan 7 sepasukan kebangsaan Piala Remaja B19 KRM-Milo, Negeri Sembilan B19 yang diwakili oleh pemain-pemain dari Kelab De' Perpatih terus unggul mempertahankan takhta kejuaraan setelah berjaya menang bersih ke atas Kedah B19 (35-0)

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar. Turut hadir sama, Presiden KRM Dato' Wira Amiruddin Embi, Naib Presiden Kehormat KRM Dato' Abdul Halim Karim dan Presiden NSRU Tuan Hj Abd Jalil Borhanudin.


KEPUTUSAN PIALA UNG KHEK CHEOW 2010

Johan Cup : KELANTAN menewaskan Kedah (33-5)

Tempat ke 3/4 : ATM menewaskan N Sembilan (39-0)

Johan Plate : TERENGGANU tewaskan Johor (10-5)

Johan Bowl : PERAK menewaskan Putrajaya (14-0)



KEPUTUSAN PIALA REMAJA B19 KRM-MILO 2010

Johan Cup : N SEMBILAN menewaskan Kedah (35-0)

Tempat ke 3/4 : KELANTAN menewaskan Selangor (12-5)

Johan Plate : PUTRAJAYA tewaskan Johor (19-12)

Johan Bowl : MELAKA menewaskan Perak (19-14)