KELANTAN UNGGUL: PERTAHAN TAKHTA NATIONAL SEVENS 2010
Wednesday, 08 December 2010 09:06
Diambil daripada: www.sukandaily.com.my
Kelantan juara National Sevens 2010
SEREMBAN - KELANTAN sekali lagi dinobatkan sebagai Juara 7 Sepasukan Kebangsaan setelah mengungguli semua perlawanan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan Piala Ung Khek Cheow di Padang Majlis Perbandaran Seremban lewat petang semalam. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari mulai 4 Disember 2010 turut mempertandingkan Piala Remaja B19 KRM-Milo yang disertai oleh hampir semua negeri dan wilayah persekutuan.
Kelantan menepati ramalan setelah membariskan 6 pemain sukan Asia Guangzhou di dalam skuad tersebut. Dalam pertemuan akhir Piala Ung Khek Cheow, Kedah yang turun dengan harapan untuk menebus kekalahan tahun 2009 ternyata hampa setelah ditewaskan oleh Kelantan dengan lima try berbalas satu.
Kedah melakukan sepak mula mengatur serangan pantas ke atas pasukan Kelantan namun ianya gagal menyaingi kehebatan gandingan 'enam serangkai' yang baru pulang dari China akhir bulan lalu. Pemain prop kebangsaan, Mohd Shahir Ashraf Rosli berjaya melepas melakukan try pertama Kelantan seawal minit ke-2' dan dua minit kemudian pemain scrumhalf Kelantan, Mohd Saizul Hafiz Md Noor terus membenam Kedah dengan try kedua.
Kelekaan Kelantan pada minit ke-6' telah membuka peluang untuk Kedah menjaringkan try pertama mereka. Pemain sayap Kedah Nas Affie Mohd Salleh berjaya melepasi kawalan pemain back Kelantan, Mohd Saizul Hafifi Md Noor dan melakukan try di hujung penjuru kanan padang. Separuh masa pertama Kelantan mendahului Kedah 14-5.
Kelantan terus mengasak di separuh masa kedua dan berjaya melakukan 3 lagi jatuhan try pada minit ke-14', minit ke-18' dan minit ke-19'masing-masing oleh Mohd Nazreen Fitri, Mohd Khairul Azhar Md Noor dan Mohd Shahir Ashraf Rosli.
Empat tendangan konversi berjaya di sempurnakan oleh Kelantan iaitu 3 melalui Mohd Nazreen Fitri dan 1 oleh Mohd Anuar Che Wahab. Kelantan dinobat juara kejohanan ragbi 7 sepasukan kebangsaan setelah menewaskan Kedah (33-5).
Bagi kejohanan 7 sepasukan kebangsaan Piala Remaja B19 KRM-Milo, Negeri Sembilan B19 yang diwakili oleh pemain-pemain dari Kelab De' Perpatih terus unggul mempertahankan takhta kejuaraan setelah berjaya menang bersih ke atas Kedah B19 (35-0)
Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar. Turut hadir sama, Presiden KRM Dato' Wira Amiruddin Embi, Naib Presiden Kehormat KRM Dato' Abdul Halim Karim dan Presiden NSRU Tuan Hj Abd Jalil Borhanudin.
KEPUTUSAN PIALA UNG KHEK CHEOW 2010
Johan Cup : KELANTAN menewaskan Kedah (33-5)
Tempat ke 3/4 : ATM menewaskan N Sembilan (39-0)
Johan Plate : TERENGGANU tewaskan Johor (10-5)
Johan Bowl : PERAK menewaskan Putrajaya (14-0)
KEPUTUSAN PIALA REMAJA B19 KRM-MILO 2010
Johan Cup : N SEMBILAN menewaskan Kedah (35-0)
Tempat ke 3/4 : KELANTAN menewaskan Selangor (12-5)
Johan Plate : PUTRAJAYA tewaskan Johor (19-12)
Johan Bowl : MELAKA menewaskan Perak (19-14)
-"PUT SOMETHING FUN BETWEEN YOUR LEGS"-
"ANYBODY WHO RIDES A BIKE,IS A FRIEND OF MINE"-GARY FISHER (friend of mine too...: )
"ANYBODY WHO RIDES A BIKE,IS A FRIEND OF MINE"-GARY FISHER (friend of mine too...: )
Friday, December 10, 2010
Monday, December 6, 2010
meeting...4/12/2011
agenda utama untuk menghimpunkan semua geng2 kayuh yg ada disekitar kepala batas tak kira sapa pun janji punya minat dalam hal2 berbasikal ni.Akan cuba mengumpul semua riders atleast once a month untuk kayuhan beramai2...antara yg hadir mlm tu pon dgn pok ku dari BACC,member dari d'plum,Hj saad,Tok Megat,KBCC din,rozi,shukri,Ckg Lan@rock rosot,aku pulak wakil TSS(kononnya....)....ada jugak idea untuk buat mini jamboree di trek bukit birut,tapi itu akan ditentukan kemudian....perhimpunan ini telah diadakan di ONE STOP




Ckg lan mencadangkan agar mangkok yg akan digunakan kelak tidaklah terlalu besar...
lastly,satu t-shirt akan dihasilkan menggabung semua logo kelab kayuh yg ada di sekitar SPU ni,so mana yg ada logo tu submit terus kan ckg Lan@rock
Saturday, December 4, 2010
ride to tupah
hujan renyai masa aku mula kayuh dari rumah lebih korang koi 0630am,rasa pagi tu macam angin dari depan kuat jugak,azmi dgn rahim dari HKB tggu aku di petronas dekat tmn nilam kalau tk silap aku nama tempat tu...(kepala batas - tupah - petronas Tmn Nilam)
Thursday, November 18, 2010
majlis korban di tmn sri serdang
tahun ni alhamdulillah 5 ekor lembu selamat dikorbankan,semua kawan2 TSS kelihatan,cuma ada sorang dua je yg kelik kapong...

yg ni department penyediaan sup tulang
ada kenai yg berkopiah(berdiri),blogger ckg rahim(kajai)sekarang ada kurang sikit kayuh, sudah layan Kawasaki ER6N
Sunday, November 14, 2010
fixie like bike...
Sunday, November 7, 2010
bicycle for sale
Ada sebuah basikal MERIDA(seperti dalam gambar) untuk dijual oleh pemilik Ckg Shah.Harga RM2000.00(boleh Nego until let go).Boleh contact pemilik terus 0124970319
Sedikit info about this bike
Lokasi Taman sri serdang,Kepala Batas,Penang
FD XT
RD XT
RIM MAVIC(disc)
TAYAR MAXXIS LITE
macam biasa,ada sikit2 calar...
Sedikit info about this bike
Lokasi Taman sri serdang,Kepala Batas,Penang
FD XT
RD XT
RIM MAVIC(disc)
TAYAR MAXXIS LITE
macam biasa,ada sikit2 calar...
Saturday, November 6, 2010
butterworth airbase open day-06/11/2010
hari ni rasa malas nak join kayuh kt tudm ni....tapi aku mai jugak bwk family tengok aircraft static display...antara aircraft yg ada MIG,SUKHOI,HAWK,CHARLIE C130 dan ada dua tiga jenis lagi,elok pun depa buat open day sekali-sekala macam ni,boleh pembayar2 cukai tengok apa yg dibeli dgn cukai yg dikutip tu...lebih 20tahun dah depa tk buat open day ni...

Subscribe to:
Posts (Atom)