-"PUT SOMETHING FUN BETWEEN YOUR LEGS"-
"ANYBODY WHO RIDES A BIKE,IS A FRIEND OF MINE"-GARY FISHER (friend of mine too...: )

Showing posts with label rugby. Show all posts
Showing posts with label rugby. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

Taiping 10's-satu nostalgia



 sebelum ke taiping singgah di surau Taman Sri Serdang(TSS),ada gotong royong sempena menyambut kedatangan Ramadhan,sambil tunggu sahabat yg sedang sibuk bertugas.Dia nak ikut sekali ke taiping,nak jumpa member dia dari team Polis Bersatu.


kami tengok takat separuh akhir pertama saja,antara budak sekolah sukan dgn cobra.COBRA adalah juara bertahan dan merupakan team favourite,tapi kalah dgn team ANGEL-SSMTI.Bila cobra dah kalah rasanya boleh tau dah sapa nak champ tournament kali ni.Ada 2-3 orang player SSMTI ni pemain kebangsaan,termasuk cobra jugak...BLACKHAWK dgn NS WANDERERS tak mai...TAIPING 10's(2006) merupakan tournament terakhir aku dalam sukan rugby sebelum aku gantung boot selama-lamanya...antara sebabnya ada disini,dan benda tu masih terikat kemas dikakiku hingga kini...

Innocent Monster

Friday, December 10, 2010

NATIONAL 7's

KELANTAN UNGGUL: PERTAHAN TAKHTA NATIONAL SEVENS 2010
Wednesday, 08 December 2010 09:06


Diambil daripada: www.sukandaily.com.my

Kelantan juara National Sevens 2010


SEREMBAN - KELANTAN sekali lagi dinobatkan sebagai Juara 7 Sepasukan Kebangsaan setelah mengungguli semua perlawanan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan Piala Ung Khek Cheow di Padang Majlis Perbandaran Seremban lewat petang semalam. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari mulai 4 Disember 2010 turut mempertandingkan Piala Remaja B19 KRM-Milo yang disertai oleh hampir semua negeri dan wilayah persekutuan.



Kelantan menepati ramalan setelah membariskan 6 pemain sukan Asia Guangzhou di dalam skuad tersebut. Dalam pertemuan akhir Piala Ung Khek Cheow, Kedah yang turun dengan harapan untuk menebus kekalahan tahun 2009 ternyata hampa setelah ditewaskan oleh Kelantan dengan lima try berbalas satu.

Kedah melakukan sepak mula mengatur serangan pantas ke atas pasukan Kelantan namun ianya gagal menyaingi kehebatan gandingan 'enam serangkai' yang baru pulang dari China akhir bulan lalu. Pemain prop kebangsaan, Mohd Shahir Ashraf Rosli berjaya melepas melakukan try pertama Kelantan seawal minit ke-2' dan dua minit kemudian pemain scrumhalf Kelantan, Mohd Saizul Hafiz Md Noor terus membenam Kedah dengan try kedua.

Kelekaan Kelantan pada minit ke-6' telah membuka peluang untuk Kedah menjaringkan try pertama mereka. Pemain sayap Kedah Nas Affie Mohd Salleh berjaya melepasi kawalan pemain back Kelantan, Mohd Saizul Hafifi Md Noor dan melakukan try di hujung penjuru kanan padang. Separuh masa pertama Kelantan mendahului Kedah 14-5.

Kelantan terus mengasak di separuh masa kedua dan berjaya melakukan 3 lagi jatuhan try pada minit ke-14', minit ke-18' dan minit ke-19'masing-masing oleh Mohd Nazreen Fitri, Mohd Khairul Azhar Md Noor dan Mohd Shahir Ashraf Rosli.

Empat tendangan konversi berjaya di sempurnakan oleh Kelantan iaitu 3 melalui Mohd Nazreen Fitri dan 1 oleh Mohd Anuar Che Wahab. Kelantan dinobat juara kejohanan ragbi 7 sepasukan kebangsaan setelah menewaskan Kedah (33-5).

Bagi kejohanan 7 sepasukan kebangsaan Piala Remaja B19 KRM-Milo, Negeri Sembilan B19 yang diwakili oleh pemain-pemain dari Kelab De' Perpatih terus unggul mempertahankan takhta kejuaraan setelah berjaya menang bersih ke atas Kedah B19 (35-0)

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar. Turut hadir sama, Presiden KRM Dato' Wira Amiruddin Embi, Naib Presiden Kehormat KRM Dato' Abdul Halim Karim dan Presiden NSRU Tuan Hj Abd Jalil Borhanudin.


KEPUTUSAN PIALA UNG KHEK CHEOW 2010

Johan Cup : KELANTAN menewaskan Kedah (33-5)

Tempat ke 3/4 : ATM menewaskan N Sembilan (39-0)

Johan Plate : TERENGGANU tewaskan Johor (10-5)

Johan Bowl : PERAK menewaskan Putrajaya (14-0)



KEPUTUSAN PIALA REMAJA B19 KRM-MILO 2010

Johan Cup : N SEMBILAN menewaskan Kedah (35-0)

Tempat ke 3/4 : KELANTAN menewaskan Selangor (12-5)

Johan Plate : PUTRAJAYA tewaskan Johor (19-12)

Johan Bowl : MELAKA menewaskan Perak (19-14)

Tuesday, December 15, 2009

NATIONAL 7's

link>"KEJOHANAN RAGBI 7 SEPASUKAN KEBANGSAAN
Tarikh: 19 dan 20 Disember 2009
Venue: Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh
Jadual: PIALA MILO (Remaja) PIALA UNG KHEK CHOW"

Saturday, December 5, 2009

dapat tengok syok ni...tension...tension

"KEJOHANAN RAGBI PIALA AGONG 2009
Friday, 04 December 2009 22:48
Perlawanan Akhir Piala Agong 2009

Tarikh: 5 Disember 2009
Venue: TUDM Subang
Kategori Plate - 2:30PM
Johor vs Negeri Sembilan
Kategori Cup - 4:00PM

ATM vs Sabah
Semua peminat ragbi tanah air dijemput hadir."

Wednesday, November 18, 2009

rugby:borneo eagle juara

"Borneo Eagles gah raih juara
Monday, 16 November 2009 20:31
Diambil daripada: www.bharian.com.my
Oleh Mohd Ali Majid

Tumpaskan Cobra 32-10 dalam final Ragbi 10 Sepasukan HSBC-Cobra


BORNEO Eagles dari Sandakan Sabah muncul juara buat julung kali dalam Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan HSBC-Cobra 2009 selepas menumpaskan Cobra, 32-10 dalam final di padang Jalan Utara, semalam.



Dibarisi oleh pemain dari New Zealand, Fiji dan Samoa, Eagles yang menguasai permainan mendahului Cobra yang mahu mempertahankan kejuaraan, 17-5 hasil tiga try dan satu conversion berbanding lawan satu try.

Cobra yang menurunkan sebilangan pemain tempatan di samping pemain Fiji cuba bangkit pada babak kedua untuk mengatasi lawan dan seterusnya mencari kejuaraan di pentas antarabangsa buat kali ketiga.

Namun, Eagles yang tampil menyertai kejohanan ini buat kali pertama dengan muncul juara plate pada 2006 tetapi tersingkir di separuh akhir tahun berikutnya tidak memberi ruang kepada Cobra untuk merapatkan jurang.

Mereka terus bangkit untuk menambah 12 mata lagi menerusi dua try dan satu conversion untuk menerima piala kejohanan dan meraih hadiah AS$3,000 (RM10,500).

Cobra terpaksa berpuas hati dengan menambah satu try untuk meraih hadiah AS$2,000 (RM 7,000) sebagai naib juara.

“Sejak awal lagi kami merancang begitu rapi untuk muncul juara buat kali pertama dalam kejohanan ini,” kata pengurus pasukan, K H Tan.

Jurulatih Cobra, Boon Hoon Chee, berkata setiap pemain telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi lawan terlalu handal dengan kehadiran pemain luar negara.

Sebelum ke akhir Eagles mengetepikan cabaran Penguins International dari Unite"